Peralatan Pertukangan

Gergaji

Gerudi

Kertas Pasir

Ketam

Kikir

Pahat

Tukul

PAHAT

Pahat merupakan alat besi yang berbentuk bilah bersegi dengan mata yang tajam dihujungnya. Kegunaan utamanya adalah bersama tukul/penukul untuk menebuk lubang dan memperkemaskan takuk tanggam serta mengukir kayu.

Hulu pahat diperbuat daripada kayu yang berbentuk bulat gadah dan dibuntutnya dipasangkan sisi supaya ia tidak mudah pecah apabila diketuk dengan tukul.

Pahat juga mempunyai pelbagai jenis. Jenis-jenisnya diberi berasaskan bentuk mata dan bilahnya. Antara jenis yang pelbagai itu ialah pahat mata bulat, pahat kuku, pahat putar, pahat caku dan pahat mata lintang. Ada juga jenis pahat yang tidak bermata tajam. Pahat itu dinamakan sebagai pahat pating.

Pahat
Pahat KukuPahat Batu
Pahat Ulu