Peralatan Pertukangan

Gergaji

Gerudi

Kertas Pasir

Ketam

Kikir

Pahat

Tukul

GERGAJI

Gergaji merupakan alat yang diperbuat daripada besi yang bergerigi pada matanya dan digunakan untuk memotong kayu, papan dan lain-lain. Gergaji mempunyai saiz dan bentuk mata yang bermacam-macam. Mata yang berbagai-bagai jenis ini boleh ditukar-tukar mengikut keperluan penggunanya.

Pelbagai jenis gergaji yang digunakan pada masa dahulu mengikut keperluannya. Gergaji tangan merupakan gergaji kecil yang kerapkali digunakan. Selalunya pemegang tangan bagi gergaji diperbuat daripada kayu.

Jenis-jenis gergaji adalah seperti:-

  • Gergaji aneka iaitu gergaji yang pelbagai jenis matanya yang boleh ditukar-tukar.
  • Gergaji balak (baluk) iaitu gergaji untuk membuat papan.
  • Gergaji belah iaitu gergaji untuk memotong kayu mengikut hala urat
  • Gergaji besi iaitu gergaji untuk memotong besi.
  • Gergaji besar iaitu gergaji yang bingkainya merupakan bentuk huruf H.
  • Gergaji kerat iaitu gergaji untuk memotong kayu melintang urat.
  • Gergaji kerawang iaitu gergaji untuk membuat ukiran.
  • Gergaji pita (tali) iaitu gergaji yang matanya berlingkar.
  • Gergaji tangan iaitu gergaji kecil yang dipegang dengan sebelah tangan.
  • Gergaji tebuk iaitu gergaji dengan mata yang tidak lebar.
  • Gergaji rantai.
  • Gergaji racik.
  • Gergaji talam.
  • Gergaji andang.
Gergaji Balak
Gergaji Andang